Monday, July 27, 2009
Monday, July 20, 2009
virus...virus...virus...
malasnye nak bangun gi kelas...
tapi gagahkan juga...
nasib la masa time kelas en reza
dia tak kisah aku tido..
kepala ni sakit gile...
badan pun dah mcm panas je..
tanda nak demam kot!
arghhhh
patut la 2 3 hari ini aku letih semacam je..
padahal tido cukup je...
makan pun ok je..
ermmm
tak mau la demam...
tak mau selsema
tak mau batuk
perit gile kalu ada semua tu...
hope pas makan panadol ni..
tak dak lagi demam..
Friday, July 17, 2009
sucikan hatiku
Ya Allah,
sesungghnya hati ini sedih dan
menderita kepada seseorangg kerana sayang
Andai hati ini bukan lg hati ku.
Kau tukarkanlah hati ni
supaya aku dpt kembali mencari pengganti ku
yg mampu mnjaga dan mengajar ku erti islam,
erti kehidupan yg ku dambakan
kerana diri ini sntisa lemah
dan inginkan serta perlukan hati seorg kekasih
Andai yg ku tunggu tidak bisa ku temui,
Kau berikan rasa cukup pada hatiku
utk menerima yg terbaik dhadapan mataku
Mgkn saat ini aku kurang mengerti ajaranmu
tetapi aku tahu tugasku sbg hambaMu
dan aku perlu pengiringku juga
tahu dia sbg pembimbgku di dunia ini
kerana matlamt ku adalah akhirat.....
Ya Allah Ya Rahman Ya Allah Ya Karim...
Amin....
kehidupan
sedangkan satu dunia tahu kebenaran dan kepalsuan...
bukan mengadili tapi memberi pandangan pada sesuatu yang
terasa salah di pancaindera ini...
tiada istilah sakit hati
cuma terasa perlu untuk menghulurkan sesuatu
supaya tidak sesat di jalan yang salah
mengapa perlu mcm tu?
kerana aku tak mau kau menyalahkan takdir di kemudian hari
kadang2 manusia hilang pedoman kerana mengejar
pinjaman Allah di dunia ini...
jangan terlalu riak atas apa yang Dia beri...
aku takut satu hari nanti Dia akan mengambil kembali
apa yang kau banggakan...
sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang
kau lakukan...
jangan kau terlalu meninggi diri..
walaupun dirimu cukup sempurna
tapi aku takut kau akan jatuh
rebah dan lumpuh di kemudian hari..
aku bukan insan sempurna
cuma aku bukan insan yang buta
atau hanya mengangguk pada kepalsuan
yang kau cipta untuk melepaskan diri mu
dan untuk kepentinganmu...
renungilah
hari tak selalunya cerah..
bila satu hari tiada lagi sinar matahari
baru kau tahu betapa gelapnya dunia..
Wednesday, July 15, 2009
masih begini... begini dan begini...
ye la asyik begini je menimpa aku..
kenapa?
takdir kot... dah nasib aku mcm ni..
sedih?
entah la... perasaan bercampur gaul..
sedih tu dah mcm sebati...
bila mengenangkan kembali
apa yang berlaku sebelum ini...
aku mula merasa menyesal...
tapi semuanya dah berlaku..
nak je aku putar masa ini kembali ke masa dulu
supaya aku dapat perbetulkan dan mengelak semua ni..
nape erk?
terlalu byk benda yang berlaku sepanjang
aku di sini...
mengenal orang yang tak sepatutnya
menyayangi org yang tak sepatutnya
mengabaikan perkara yang penting
yang aku kejar selama ini...
terlalu banyak kesilapan dan kesalahan aku...
bagaimana ini?
skrg!!!
aku mula mengejar apa yang aku cari selama ni..
mengejar perkara yang aku abai selama ni
meninggalkan semua perkara dan org yang tidak perlu
dalam hidup aku...
itu yang terbaik..
itu yang penting..
semoga usaha ini mencapai kejayaan...
mencapai seperti yang aku inginkan...
AMIN!!!
Sunday, July 12, 2009
hari cinta

- Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
- Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
- Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
- Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
- Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan
- Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
- Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
- Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
- Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
- Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
- Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
Saturday, July 11, 2009
aku terlanjur cinta...
untuk bercerita tentang perkataan keramat ini..
CINTA...
Apa ada dengan cinta?
cinta membawa erti yang banyak
cinta kepada Maha Pencipta
cinta kepada famili
cinta kepada diri sendiri
dan
cinta kepada kekasih...
cinta kepada kekasih...
sedap bunyinye
tapi cinta ini
membawa seribu kisah suka duka..
dan ada yang derita kerana cinta..
merana kerana cinta
ada antara kita bahagia kerana cinta
cinta yang mereka semai..
berbunga setiap musim..
cinta sejati yang tak goyah walaupun
menempuhi pelbagai dugaan..
terlalu manis perjalanan cinta mereka..
terlalu kebal kubu cinta mereka
dan
cinta sejati itu adalah takdir yang ditentukan Tuhan
untuk mereka..
dan cinta itu la yang membawa mereka
membina masjid indah bersama
tapi ada yang derita kerana cinta
cinta yang ditabur adalah racun
janji yang dibina atas kepalsuan
dan pembohongan..
dan akibatnya hati yang tidak berdosa
hancur..
lagi derita
bila diri dikorbani
demi sebuah janji dusta
demi sebuah cinta yang tak pasti


